Kau...
Salam kepada semua, salam diucap sempena semua umat Islam diseluruh dunia yang akan menyambut Ramadan dalam masa 3 minggu lagi. Di Malaysia insyaallah umat Islam akan mula berpuasa pada 27 Mei 2017. Dalam kita mengharungi cabaran dalam kehidupan seharian, kesabaran dan kematangan dalam menangani masalah dan mengaplikasi segala ilmu dan pengalaman yang kita miliki walaupun minima. Anjakan umur yang kian meningkat dan kian dewasa mengajar kau erti kehidupan. Apa yang kau faham tentang KEHIDUPAN???? Besar punya soalan!!!! Apa yang kau faham tentang HIDUP? Apakah kau hidup dan ada panduan dan matlamat hidup? Kau cari erti dalam hidup melalui agama. Maknanya, kau cari Al Quran, kau cari As Sunnah…apakah kau faham kah kedua duanya…x faham, kau x faham….makin banyak kau timba makin berat kerja kerja kau…bukan makin habis. Ini bukan kau timba telaga atau parit semasa musim puyu, sepat, keli dan haruan di bendang kau. Ini kau timba laut, pernah kah laut kering???? Tapi kau kena tabah ...


