Kau...
Salam kepada semua, salam diucap
sempena semua umat Islam diseluruh dunia yang akan menyambut Ramadan dalam masa
3 minggu lagi. Di Malaysia insyaallah umat Islam akan mula berpuasa pada 27 Mei
2017.
Dalam kita mengharungi
cabaran dalam kehidupan seharian, kesabaran dan kematangan dalam menangani
masalah dan mengaplikasi segala ilmu dan pengalaman yang kita miliki walaupun
minima. Anjakan umur yang kian meningkat dan kian dewasa mengajar kau erti
kehidupan. Apa yang kau faham tentang KEHIDUPAN???? Besar punya soalan!!!!
Apa yang kau faham tentang
HIDUP? Apakah kau hidup dan ada panduan dan matlamat hidup? Kau cari erti dalam
hidup melalui agama. Maknanya, kau cari Al Quran, kau cari As Sunnah…apakah kau
faham kah kedua duanya…x faham, kau x faham….makin banyak kau timba makin berat
kerja kerja kau…bukan makin habis. Ini bukan kau timba telaga atau parit semasa
musim puyu, sepat, keli dan haruan di bendang kau. Ini kau timba laut, pernah
kah laut kering???? Tapi kau kena tabah sebab kau duduk dalam arah pencarian
dan matlamat yang betul serta benar. Yang kau kena buat ‘adjustment’ adalah
jarum kompas kau, bot kau, kalau penat nak singgah kat mana ‘jetty’ untuk
refreshment dan bekalan yang dah sesak nak habis. Kalau ada yang rosak rosak
skit (minor breakdown) kau buat sendiri, baru kau experience dalam hidup kau.
Dan kau boleh cerita tentang pengalaman dan pengajaran, pemerhatian, penelitian,
solusi, kesimpulan dan finding kau….sebelum kau sampai destimasi kau yang sebenar
untuk bertemu pada Pencipta kau, Allah rabbuljalaawaaklam. Dial ah Rabb kau, kau
ada dan dapat tumpeng atas ihsan Rabb nya….kalau tidak, kau tidak merasa nikmat
hidup didunia….alam yang ihsan daripada Rabb yang dapat kau rasa. Bukan semua
hamba Allah azzawajall dapat rasa ihsam untuk hidup didunia….beruntung kau.
Kau kerja, kau cari wang, kau
cari harta, kau berpolitik, kau cari kuasa, kau cari nikmat dunia….untuk apa???
Jika kompas kau entah mana hala. Kau akan binasa…binasa di sana, kerajaan sana….sudah
pasti kau tidak boleh berpatah pulang semula…
Kau….

Comments
Post a Comment