TGNA...Tugas mu sudah pun selesai...Insyaallah tugas yang masih berbaki akan kami teruskan...

Pada tanggal 12 Februari 2015 Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian seorang tokoh ulama', ahli politik yang pintar dan bijak, seorang ayah, seorang murobbi, seorang pemimpin yang ketokohannya tiada tolok bandingan dengan pemimpin yang lain di bumi Malaysia, iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah dalam keletihan dengan aktiviti harian dan tugas2 lain Allah swt mengizinkan aku dan ayahanda ku untuk kami turut serta ke majlis pengkebumian almarhum. Begitu ramai sosok tubuh manusia dan pelbagai bangsa dan agama turut serta. Kenderaan dari pelbagai pelosok negara jauh dan dekat. Puluhan ribu malah mungkin hampir seratus ribu yang hadir ke Pulau Melaka untuk menyaksikan dan bagi yang beragama Islam mereka melaksanakan solat jenazah kepada TGNA. Allahyarham seorang negarawan yang disegani oleh ramai pemimpin termasuk pemimpin UMNO dan BN. Kebanyakkan ulasan ulasan oleh pemimpin kanan negara sangat memuji tentang kebaikan dan kebijaksanaan beliau di dalam memerintah Negeri Kelantan hampir 20 tahun sebagai Menteri Besar dan bagaimana beliau berhemah dalam perbelanjaan negeri serta memacu perkembangan ekonomi negeri Kelantan sehingga kini walau pun dalam keadaan wang royalti minyak tidak diberikan oleh Kerajaan Pusat sebagaimana yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Itu hal pentadbiran negera dan negeri, biaqlah orang orang politik dan pimpinan politik yang selesaikan...ttp apa yang aku nak bagi tau adalah kebaikan seseorang yang apabila matinya Allah swt telah tunjukkan betapa kehilangannya sesuatu yang sangat dirasai oleh kebanyakkan rakyat. Tetapi Allah swt lebih menyanyangi TGNA dan baki tugasan beliau biaq la kita semua dapat teruskan dan sambung....







Comments

Popular Posts