Kelantan? Bangunlah....

Assalam semua. Dah lama aku tak dak entry @ post apa apa maklumat untuk share dengan sahabah2 dan juga pembaca2 lain walaupun depa x pernah kenai aku @ pun minat nak kenai aku. Kalau kenai pun cukup seqadar kenalan biasa biasa sahaja. Alhamdulillah dalam Tahun 2015 ni banyak perubahan yang aku lakukan, agak major dan drastik. Pertama dengan aktiviti misi bantuan banjir ke kelantan bersama teman teman di kejiranan Taman Seri Mengkuang (TSM) sebanyak dua kali iaitu pada 3-4 Jan 2015, misi pertama ke Tanah Merah sehingga ke Kudsial dan mis kedua pada 17-18 Jan 2015, kalau tak salah aku. Bantuan menghala ke Kuala Krai  dan berakhir di Kemubu. Sempat aku dan teman teman abadikan di stesen KTMB yang mana keretapi tenggelam. Misi pertama bantuan dikelolakan oleh 12 orang sukarelawan bersama sama 5 buah kenderaan (1 Alza, 1 Myvi, 2 van dan 1 Hilux) dan misi kedua seramai 21 orang sukarelawan bersama sama 7 buah kenderaan (1 Hilux, 1 Ranger, 1 Honda Civic, 2 Myvi, 1 Perdana dan 1 Van). Jumlah kedua dua bantuan dalam anggaran RM20K (setiap misi RM10K). Terima kasih kepada semua dermawan dan semua petugas serta ahli2 keluarga dan penduduk TSM yang banyak membantu bagi menjayakan misi bantuan Banjir Ke Kelantan 2015. Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama dan maufakat dikalangan ahli ahli masyarakat dan kaum keluarga masing masing. Bukan sesuatu yang mudah melaksanakan sesuatu perkara yang kadang kala agak drastik di mana idea melaksanakannya muncul secara tiba tiba. Kemudian mula buat 'brain storming' dan seterusnya implimentasi. Waktu yang agak singkat dalam waktu 3 hari, sumber kewangan yang pada pendapat aku agak 'tight' tetapi apabila ingin melaksanakan sesuatu yang baik, insyaallah Allah swt bantu dengan bantuan yang sampai dalam keadaan tidak disangka sangka, dermawan dermawan muncul dalam keadaan yang tak dijangka. Rasa sebak semasa nak bertolak pada malam tu...sebab sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku menyertai misi kemanusiaan ini. Aku tak dapat nak gambarkan dengan kata kata tetapi biaq la gambar gambar yang berbicara. Sehingga hari ini Kelantan belum pulih sepenuhnya terutamanya di kawasan Kuala Krai, Manek Urai dan Dabong...byk lg kerja2 yang tertangguh yang perlu dilaksanakan. Kemampuan aku dan teman2 mmg terbatas terutamanya disegi kewangan, aku mengharapkan ada lg insan2 yang pemurah untuk membantu mereka semua ini. Insyaallah.























Comments

Popular Posts