KUCHING, SARAWAK
Salam semua dan salam sejahtera.
Actually baru balik daripada bercuti cuti Malaysia di Kuching, Sarawak. Saja ja gi jalan jalan sana, lagipun aku tak pernah jejak ke sana pun sebelum ni. Rasa teruja gak la nak tengok pembangunan Borneo yang jauh lebih besar dan lebih panjang daripada Semenanjung.
Mula mula rasa pelik gak bila 'enter' to Sarawak, kenapa perlu ada macam 'temporary visa' daripada Imigresen sedangkan aku masuk Sarawak pun sebahagian daripada negeri2 dalam Malaysia. Dia bagi aku slip dan 'valid' untuk stay dalam 90 hari, lupa pulak nak shoot pic tu!!!! Sebelum keluar kena serah balik slip tu dah kat tiket belon akan di 'cop' keluar. Hehehehehe....
Then baru aku terpikiaq yang Malaysia ini terbentuk atas semangat 'federal' maknanya Persekutuan Malaysia yang ianya termasuk Borneo yang ada Sabah dan Sarawak (kalau ikut aku, maknanya Sarawak ni macam sebuah negara/wilayah yang ada autonomi). Maka tak heranlah bila pilihanraya negeri Sarawak tak sama dengan Semenanjung melainkan pilihanraya umum (yang mana hanya terlibat kerusi kerusi parlimen sahaja).
Bab makan makanan laut okay aja...katanya murah. Aku belasah ja orang belanja. Ikan merah masak steam Teochew style & Nyonya style. Sekoq tetapi buat dua jenis menu. Perggg....termonyeh monyeh nak abiskan. Mujoq ada tong sampah hijau, mamat ni la yang tolong habiskan....had belanja aku ni larrr...!!! So habih gak lar dlm RM124.00, tak pa janji puaih ati leh makan seafood kat Kuching ni. Next time ingat nak mai lagi, explore lagi Kuching, Santubong, Damai, Kampung Budaya, rumah2 panjang dll. Mungkin kalau nak sewa kereta akan di 'fikiaq'kan, in my heavy consideration hahahahaha....!!! Kalau hampa tengah lapaq memang terlioq tengok menu di ataih tu waaaaarrrgggggg!!!!!
Dok esok tu aku ronda2 pi beli kek lapih dan terubuk masin di seberang sungai tu. Alah tambang dalam seringgit ja...sebut kena betoi sringgit...hehehehehe...perahu penambang, kalau budak budak sekolah dalam 50 sen (kata pengusaha perahu tu larrrr).
So kat sinilah aku pi beli untuk bawak balik mai Penang....tp ada jugak masa kat airport tu aku tengok orang lain beli kat kedai lain, kedai Dayang Salhah kalau tak salah aku....
Aku stay untuk 3 hari 2 malam kat Riversite Majestic Hotel. Untuk level aku kira convenient larrr...tp untuk had suka mewah mewah aku tak sure la plak...bagi aku next time pun aku akan consider hotel ni atau Margarita Hotel (depa ni satu group companies). Then the rest aku boh pics yang lain lain walau pun tak berapa elok dan sempoi ini just sharing untuk sapa yang nak baca, kalau yak minat pun tak pa then boleh pi belah kat blog lain yang more attractive and informative, no prob bro no heart feeling bak kata suku kaum aku hehehehehe....
Last aku nak landing @ end dengan kata kata yang aku quote daripada sorang blogger politik semasa ni..."Apabila sesuatu arahan dibuat kemudian diperbaiki ia menghasilkan kelemahan kita. Makanya sebelum sesuatu arahan atau peraturan hendak dikuatkuasakan, kaji dan bincang dari segala segi." Actully aku pun tak berapa nak faham untuk takwil frasa frasa ni tetapi secara literal aku paham gak la sikit sikit sebab orang politik cepat sangat menyambar isu sebagai modal politik. Sekian. wassalam


























Comments
Post a Comment