Outing Pantai Kerachut
Gambar ni diambil semasa outing kat Pantai Kerachut. Ini baru permulaan sebab keseluruhan outing program tu tamat dalam pukul 2 petang. Rushing jugak la sebab start awal dalam jam 8 pagi kami dah berkumpul. Walaupun dah lama dok kat Penang ni tapi ni la first time dapat pi sana, sebab tak tau pun tempat ni walaupun dah pernah singgah.
Pagi tu semua berjalan lancar, cuaca pun elok terang benderang, so sempat gak la buat photo shooting hobi baru yang baru tengah belajar. Dapat la praktis ilmu-ilmu asas yang dipelajari kat Anjung UNIMAP, Kulim Hi-Tech tempoh hari. Tapi banyak lagi nak kena brush up skil-skil lain daripada otai-otai photographer ni sebab dalam bidang photography ni luas genre dia. So tengok minat seseorang tu la dan apa tujuan dan bidang yang dia berkenan. Tapi yang pasti tak lari dari RM...RM...RM...dan sebab nak tukar kerja. Ada beza tafsiran kerja dan kerjaya.
Tempat ni masa aku mai tu agak ramai jugak la sebab banyak pelancong-pelancong tempatan dan luar negara ada sama. Kami dalam geng ni dalam 40 orang so 10 orang satu bot so jumlah ada empat bot la... Perjalanan dari jeti Taman Negara Pulau Pinang ni ambik masa dalam 25 minit ke Pantai Kerachut. Sampai kat Pantai Kerachut tu so kami lawat pusat penetasan dan pembiakan penyu. Ikut tourist guide yang bawak kami tu kat situ tempat penyu mendarat untuk bertelur, dan jenis penyu yang mendarat kat situ jenis penyu agar dan penyu lipas. Kalau penyu belimbing kat Terengganu area rantau abang kot, aku tak sure.
Tapi tak bernasib baik nak ke meromictic lake bukan musm dia, musim dia pada Jun hingga Ogos (kalau tak salah aku). So melepas la nak tengok situasi satu tasik tak campur air masin dan air tawar (air masin dok bawah sebab densiti dia tinggi berbanding air tawar) Air masin punca dari laut dan air tawar punca dari bukit. Kat situ disediakan jugak camp site untuk pengunjung-pengunjung yang suka berkhemah dan suka aktiviti hutan atau aktiviti korporat macam team building tapi dihadkan sebanyak 90 peserta sahaja pada satu-satu masa. Bab makan, pengunjung jangan risau bisa diatur oleh pihak taman negara. Kualiti makanan 'thumb up' la memang sedap dan lebih daripada cukup sampai aku makan termengah-mengah (overload). Bab keselamatan, alhamdulillah dan boleh rekomen la pada ramai orang.
Antara view yang aku ambik.
Pas tu kami ke Monkey Beach, kat situ la kami ke Rumah Api (Light House) dan aktiviti makan tengahari. So sapa-sapa yang agak tak larat atau lemah tenaga zahir tak digalakkan sebab takut pancit tengah jalan tak dak sapa nak kendong bawak balik bawah atau pitam tengah jalan. Aku yang kaki bersukan pun semput gak la. Kat sini aku kongsi gambar-gambar tu untuk tatapan tapi awas jangan cilok gambar-gambar ni buat rete sendiri, hak eksklusif penulis hehehe......cilok aku saman....nak kena beli ngan aku hehehe....
So boleh la share some information with you all dan sapa nak pi sana sangat digalakkan lagi pun kat dalam negara kita ni banyak tempat-tempat yang menarik cuma kita tak jumpa tempat-tempat tu lagi dan yang paling penting kos murah dan dekat ngan tempat tinggal aku hehehe...

Comments
Post a Comment