Kitar Semula


Apa yang nak disampaikan oleh penulis adalah berkenaan kesedaran masyarakat tentang sampah dan pengurusannya. Sebenarnya penulis pernah menghadiri seminar tentang pengurusan sampah yang pernah dibuat oleh PBT di tempat tinggal penulis. Kalau difikirkan dengan serius dan mendalam, setiap umat manusia di Malaysia ni akan duduk dan termenung bagaimana nak mengitarkan sampah sebab tempat pelupusan sampah ini dah hampir sudah tiada terutamanya di bandar-bandar besar dan di negeri-negeri yang berkepadatan penduduk tinggi. Contohnya di negeri tempat tinggal penulis sendiri pun mungkin dalam tujuh tahun lagi tempat pelupusan sampah akan penuh. 

Sekiranya jika kita tidak bertindak dari sekarang maka sebenarnya kita akan menyumbang kepada pencemaran alam yang akan diwarisi oleh anak cucu kita pada masa hadapan. Contoh paling asas kita boleh lihat suasana di pasar malam. Penulis pasti setiap orang di Malaysia pernah mengunjungi pasar-pasar malam dan cuba lihat keadaan selepasnya. Pasti akan melihat banyak sampah sarap bertaburan di tapak pasar malam berkenaan. Undang-undang hanyalah alat untuk mengawal perbuatan salah laku, tetapi pendidikan adalah sebaik-baiknya penyelesaian untuk memupuk kesedaran pada setiap warga.

Dalam seminar berkenaan statistik turut dipamerkan dan amat mengejutkan jika diteliti dan diperhalusi, tetapi kesedaran itu wujud hanya seketika sahaja, macam menghadiri kursus-kursus motivasi "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" langsung tak "lekat" ilmu dalam minda. Penulis sendiri pun tak terkecuali dari dilanda gejala penyakit yang sama. Tetapi penulis cuba juga mengubah sedikit demi sedikit sebab penulis berpendapat bumi ini kita pinjam dari generasi masa depan, jika kita hendak wariskan kepada mereka tentulah ianya dalam keadaan yang baik dan segar. Selain itu tidak rugi jika kita mengkitar semula sampah kerana selain menghijaukan bumi ianya juga turut berupaya menyumbang kepada suatu pendapatan sampingan. 

Penulis berharap ianya menjadi suatu titik permulaan kepada seluruh warga Malaysia ke arah menghijaukan bumi seperti mana yang dilaksanakan oleh negara-negara maju yang laun seperti di Jepun dan Korea Selatan. Penulis amat berharap di suatu hari kelak pengunjung boleh berpiknik dan bersantai di tepian sungai-sungai di Kuala Lumpur dan juga sungai-sungai di bandar-bandar besar yang lain. Harapan penulis kempen ini harus ditunjangi oleh segenap lapisan masyarakat tidak kita pangkat, keturunan, kaya atau miskin, rumah kecil atau rumah besar kerana semuanya berkongsi udara yang sama, matahari yang sama, bulan yang sama dan ditanah yang sama yang punyai iklim yang sama. 

      File:Jungnangcheon meets Han, seen from Donghodaegho.jpg
Jungnancheon from Dongho Bridge


File:Seoul-Cheonggyecheon-03.jpg
Cheonggyecheon, Seoul, South Korea


File:Seoul-Han.River-09.jpg
Han River, South Korea

Comments

Popular Posts